30 October 2009

Make your own playdough....

Mari membuat 'dough' bersama kakak....

Dalam entry yang lepas (20 May 2009) Umi ada cerita pasal main dough ni kan.... Then ada sekali masa kursus mind mapping kat ofis pun, Umi buat mind mapping "How to make Playdough for your children". Ramai peminat Umi nyer mind map nih, diorg mintak buat shortcourse tapi tak rajin la setakat ni... korang tgk kat sini jer la.....

Sebelum kite start buat dough ni, Umi nak inform kepada sesiapa yang nak buat dough ni, dough ni tak bahaya untuk anak2 kecik sbb bahan-bahan yang digunakan semuanya bahan2 makanan, so kalau diorg termakan, tertelan pun takpe... kalau diorg tahan masin ler... anak Umi yang kecik tu, Dhia, makan jer... masin2 pun, belasah jugak...
Resipi dough ni Makngah bagi kat Umi..... so this time... jom kite buat dough sama2.... dengan chef kite...... tadaaaa..... Hanis Umairah....


Getting ready with all the ingredients.....

Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum

1 cawan garam

1 sudu cream of tartar
1 cawan air
1 sudu minyak masak
sedikit pewarna masakan (ikut suka kaler ape)
(cawan/mangkuk yang sama untuk semua sukatan di atas)

Cara-cara membuatnya.... :

1. Masukkan satu cawan tepung gandum ke dalam mangkuk/besen.

2. Masukkan satu cawan garam.

3. Masukkan 1 sudu cream of tartar.

4. Kacaukan ketiga-tiga bahan sampai rata.

5. Masukkan satu cawan air ke dalam kuali/periuk.

6. Masukkan satu sudu minyak masak ke dalam kuali/periuk.

7. Masukkan sedikit pewarna dan kacau bahan-bahan tadi.
8. Biarkan air masak sehingga menggelegak dan kecikkan api (mengelakkan dough hangus).

9. Masukkan campuran tepung perlahan-lahan dan kacau rata sehingga menjadi dough.

10. Matikan api setelah campuran menjadi dough, letakkan di atas dulang dan uli untuk mendapatkan texture yang smooth sehingga dough sejuk.

Uli sampai sejuk.

"Dah sejuk dah boleh main kan Umi?"
Kali ni kakak pulak main masak-masak......

Boleh buat pelbagai kaler... so takde la bosan sangat dengan satu kaler jer.....

Mula-mula main elok jer lagi ada 4 kaler.... cantik jer....

Lama-lama main.... kaler2 tu sume dah bercampor2.... kakak kate die buat kek....

Main-main dengan adik.....

4 comments:

Ummuaisya said...

menarik untuk di cuba nih..
nanti nk buat lah dengan Khaira. Khaira pun suka sangat main dough ;-)

Cik Esu said...

DeQNa,
1) Cun la mind map ko.....
2) Rajin ko masak dough sendiri ek?

Sepapan Atelier said...

cuba... jangan tak cuba...
iera : have to la masak sendiri sbb Dhia suka mengutip, so kalau die termakan dough ni pun tak kisah sgt la sbb takde chemical

AdiEF said...

Perghh.... terer la anak ko masak... chef....